ads

Monday, February 21, 2011

misi menyelamat CKT

salam...


how's ur life...(tetiba aku kecek omputih)..mcm mana hidup anda semua di alam maya dan realiti...ya2...aku tao alam maya sngt best kan...miahahaha.....owh ya just nak bagitau, yg aku dan enchek mos sudah berjaya dalam misi menyelamatkan CKT (apakah??) CKT bukan lah salah satu produk siti yg baru, mahupun sebuah nyanyian..CKT adalah char kuew teow yg lazat sehingga mengiurkan lebih dari tengok pompuan seksi..ya la..kalo tngk pompuan seksi sampai bedarah hidung...tapi CKT lebih dari tu..air liur anda akan menitik bak air pili lupa nak tutup...(aaaaa....pnjg bebenor aku nak describe)


oleh itu ya kawan2, kenapa CKT yg kami nak selamatkan, sedangkan di Nite Market (psr mlm..biaq la aku nak skipping skitt) kami telah membeli 3 bungkus karipap, satu air soya 2 sikat pisang dan keropok mimi..haha..hal ini kerana, CKT saja yg xdapat nak disumbat dalam raga moto sbb enchek pisang telah mengeksploitasi raga moto...watdehel..tapi..apakan daya, enchek pisang adalah kegemaran aku dan enchek mos...CKT terpaksa aku pegang kat belakang dengan galas 2 beg, muka berminyak 4 tan..uishhhh....mmng disgusting la kalo tngk aku yg selekeh nak mmpos nie..hahahaha...


walopun CKT tumpah skit, kami ttp berjaya sampai ke kolej dengan gelak tawa nya...gila hepi naek moto ngan muatan berlebihan...hahaha...


oleh itu aku cik nyonya dengan suka cita nya memaklumkan bahawa CKT berjaya diselamatkan.... yeahhhh...=)


owh ya..ini ada sedikit resipi CKT..boleh cuba kalo suka..=)


Bahan-bahan:
=========
1. Kueh Teow 1 bungkus (cukup untuk 5 org mkn) 80sen (SGD 0.35)
2. Bawang putih dipotong dadu/atau diblend (satu sudu besar)
3. Cili kering (di blend, satu sudu besar) atau cili boh pun boleh..
4. Udang basah (1 - 2 ekor)
5. Kerang (100 - 300 gram) direbus dahulu (optional)
6. Kicap manis (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
7. Kicap masin (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
8. Kicap pekat (1/2 sudu besar atau 1.5ml)
9. Sos Nampla atau sos ikan/sotong (1/2 sudu besar atau 1.5 ml) - optional
10. Garam (1/5 sudu besar atau 1/2 sudu kecil)
11. Telor ayam (1 biji) - dipecah dan dikacau di dalam bekas kecil.
12. Taugeh (30 sen (SGD 0.10) sahaja tetapi pakai 1/5 bahagian sahaja)
13. Sayur Kuchai (optional) pakai sedikit sahaja
14. Minyak memasak sayuran (1-2 sudu besar)
15. Air (secawan)
16. Secubit belacan (shrimp paste)

Kaedah Memasak: (10-15 minit)
======================

1. Panaskan kuali dan letakkan minyak memasak. Gunakan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang putih, cili yg di blend(kisar), dan udang basah.
3. Kemudian masukkan kicap-kicap manis, masin, pekat dan sos nampla serta belacan.
4. Kacau campuran itu tadi hingga sebati dan kemudian masukkan air.
5. Biarkan hingga campuran mendidih dan kemudian masukkan telor.
6. Kacaukan kuah itu tadi sehingga telor hancur. Masukkan 5 ketul kerang rebus tadi.
7. Masukkan garam, kueh teow (satu genggam sahaja), sayur kuchai dan juga taugeh.
8. Biarkan ramuan serasi selama 1 minit dan kemudian boleh dihidangkan panas.
9. That's all. Pasti nak buat lagi!


Jumlah Kalori: tak banyak macam satu lori..hehehehhe!
Khasiat: Protein ada, fibre ada, karbohidrat ada, kholesterol..sedikit jer. Lemak pun ada.
Pengumuman: Kurangkan garam jika nak sihat, tiada kencing manis.
Kalau nak jual sepatutnya harga macam ni..haha
Harga Jualan: RM3.00-RM3.50



source resepi CKT: SINI..=)
source pic: SINI2..=)

6 luahan perasaan =):

loading said... Reply To This Comment

tapi kan..sedap lagi SMB..baru je wat td..ngeh3

zOeY zAu YaH said... Reply To This Comment

mak aih..sdp gilos nampak !

saya follower baru.moh follow saya.ada tuto mekap dan lain2..klik sini zoey zau yah ska-ska hati

nyonya penang said... Reply To This Comment

loading: SMB..apakah? sotong masak berlada? siakap mengintai baju? owhh..tidak2..

cim zoey: tq mengfollow..=) nnti sy singgah k..dan akan folo balik...=)

loading said... Reply To This Comment

cik nyonya...SMB=Spageti Meat Ball..wuhuuu~~~hahaha

Wan Zulqhairi said... Reply To This Comment

aku tag hang kat segmen nih.. manalah tau kot2 hng menang.. pastu hadiah plak umah banglo.. mantap!!

http://wamozuwaha.blogspot.com/2011/02/segmen-senyum-tak-nampak-gigi-gigi.html

9w2bun said... Reply To This Comment

ermm.. CKT.. yg bleh lagi enhanced kan rase die adalah MINYAK UDANG!!!!!!!!! ce try ce try...